Tanah Tinggi Cameron
Coret-carut oleh Anak Nage, di bawah label Cerita Aku
Semalam aku ngan family pegi melancong.. Tapi kami tak pegi naik kapal terbang pon.. Melancong dalam Malaysia jugak.. Okey la kan, YB. Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen pon galakkan kita melancong dalam Malaysia.. Cuti-cuti Malaysia la katakan.. BTW, kami sefamily pi ke Tanah Tinggi Cameron pada 24hb April bersamaan ngan semalam la.. Haha.. Aku tak pernah lagi jejakkan kaki aku yang wangi nie ke sana.. Tapi mak aku ada cakap yang dulu dia ngn arwah ayah aku pernah bawak aku pi sana masa aku kecik dulu.. Tapi mana la aku nak engat.. Kecik lagi kot, duk gonggong botoi susu lg.. Hahaha.. Kat sana macam tempat kita jugak, penempatan orang.. Tapi mak aku kata dah tak sejuk macam dulu dah.. Iyea la, sekarang nie kan global warming dek kerana kita jugak.. Tapi tempat depa best sebab banyak benda kat tempat kita takdak.. Dulu aku cuma tengok pokok strawbery, epal, anggur dalam tv jerk.. Tapi ari tue aku tengok real punya depan mata aku nie.. Kalau hampa nak pi sana jangan lupa singgah kat MARDI sebab kat situ ja yang ada pokok yang takdak kat tempat lain kat Malaysia nie.. Kena bayaran sket, 4 rengget kalau tak silap aku.. Tapi berbaloi-baloi.. Banyak tempat menarik yang bleh kita melawat kat sana.. Tapi kebanyakan tempat dikenakan bayaran la.. Tak banyak pon, Under 5 rengget jerk.. Ringkaskan tempat-tempat yang aku pi, tempat kaktus (apa ka nama ntah tempat tu), taman butterfly, of coz pi strawbery farm (kalau hampa nak pi biaq kat farm yang leh pluck buah sendri), BOH Tea Centre kat sungei palas, dan memacam tempat lagi.. Masa nak balek kami singgah kat pasar tempat orang jual-jualan nak beli souvenier bawak turun bawah.. Ye la da pi tempat orang memang taksah la kalau tak beli buah tangan.. Yang aku respect kat orang asli yang jual kat sana pandai cakap dalam banyak bahasa.. aku salute gila la.. Cakap cina, india, of coz lancar cakap melayu, bahasa inggeris lg dasyat dari aku.. Pergh, terpegun aku tengok.. Dah la cun.. Hahaha.. Bebila nanti aku nak pegi sana lagi.. Aku engat nak bermalam kat sana sehari, baru best.. Hahaha..
Oleh : Anak Nage
26/04 | 3:16pm
Labels
- Cerita Aku (5)
- Exchange Links (1)
- Info (1)
- Movie (8)
Recent Comments
Blog Archive
-
▼
2010
(15)
-
▼
April
(11)
- Niyang Rapik The Movie (2010) DVDRip XViD
- Tanah Tinggi Cameron
- Warkah dari aku untuk Ibu
- Alice in wonderland (2010) TSrip XViD - 400MB
- Clash of The Titans 2010
- How to Train Your dragon - TS XViD - (300MB)
- My Spy (2009) SDTVRip XViD - 320MB
- Little Big Soldier (2010) DVDRip XViD - 350MB
- Ninja Assassin (2009) BRrip XViD - 400mb
- Aku, Me and Myself
- Gila Pangkat
-
▼
April
(11)
.jpg)


0 comments